Hari ini, tanggal 23 Oktober 2013M bersama dengan 18 Dzulhijjah 1434H, satu blog khas pendidikan perniagaan dibangunkan. Blog ini secara umumnya adalah salah satu platform yang mengumpulkan secara konstruktif bahan-bahan ilmiah dan bahan-bahan yang seumpama dengannya mengenai dunia perniagaan termasuk di dalamnya bidang pemasaran yang menjadi tumpuan atau fokus penulis. B4E atau Biz4Edu ingin membawakan maklumat yang berguna kepada para pembaca sekalian termasuklah para penuntut di bidang perniagaan. Jadi, manfaatkanlah maklumat yang disediakan dan saya mengalu-alukan sebarang perkongsian ilmiah untuk dipaparkan di dalam blog ini. Persiapan untuk mengemaskini layout mungkin akan mengambil masa 1 minggu dan akan mudah dilayari pada minggu hadapan. Selamat berkunjung ke sini dan jangan lupa untuk mengikuti (follow) blog ini untuk sebarang maklumat terbaru daripada kami
No comments:
Post a Comment